Pages

Subscribe:

Isnin, 24 Januari 2011

CALON-CALON PRO MAHASISWA POLIKU











UNDILAH CALON-CALON PRO MAHASISWA POLIKU
 

10 MANIFESTO PRO MAHASISWA POLIKU

 klik gambar untuk melihat paparan dengan lebih jelas

1. MENAIKTARAF KEFUNGSIAN KAD PELAJAR

2. TUNTUTAN PENAMBAHBAIKKAN SISTEM WIRELESS DI KAMSIS

3  MENYELARASKAN PENJADUALAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM PELAJAR KE BANDAR

4. MEMOHON MENAIKTARAF LALUAN PEJALAN KAKI DARI KAMSIS KE PENTAGON

5. MENAIKTARAF KOPERASI POLITEKNIK

6. MEMOHON PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN PELAJAR DI KAMPUS

7. MEMPERLENGKAPKAN PERALATAN DAN TEMPAT BERSUKAN

8. MENAIKTARAF SISTEM HEBAHAN ISU SEMASA KAMPUS KEPADA PELAJAR

9. MENAIKTARAF FASILITI BILIK KULIAH

10. MENINGKATKAN SISTEM KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN MASYARAKAT KAMPUS




UNDILAH CALON-CALON PRO MAHASISWA POLIKU.
"MEMPERJUANGKAN HAK MAHASISWA POLIKU"

Ahad, 23 Januari 2011

Mahasiswa Agen Perubahan


Mahasiswa adalah agen perubahan! Itulah yang perlu anda ketahui!. Kebanyakan pelajar hari ini tidak sedar mereka telah berstatus “mahasiswa” dan berada di institute pengajian tinggi  (IPT), namun gaya berfikir masih seperti berada di bangku persekolahan.

Apa kurangnya dengan mahasiswa hari ini?  Mahasiswa hari ini lemah kerana mereka menghadapi kelesuan dan tidak  mengetahui fungsi dan kelebihan mereka sebagai mahasiswa. Kita patut mengetahui bahawa kita  berada di alam kampus ini bukan sahaja tertumpu kepada akademik semata namun juga perlu sensitive terhadap isu-isu kampus yang berlaku di sekeliling kita.

Ini kerana seorang mahasiswa mempunyai daya pemikiran dan keintelektualan yang tinggi sertai idealis. Mahasiswa kini mampu berdikari untuk menyuarakan pandangan dan masalah-masalah  dengan penuh rasional.  Betapa ramai hari ini mahasiswa yang mempunyai masalah, namun disebabkan kerana berdiam diri maka masalah yang mereka hadapi berlarutan sehingga mengambil tempoh masa yang lama.




Kita perlu sedar bahawa kita bukan lagi “anak yang hanya perlu disuap”, namun kita perlu melakar satu perubahan untuk diri kita dan kampus tempat kita menadah ilmu. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin  Bin Abdullah pernah berkata “Masyarakat harus menghormati pendirian mahasiswa kerana mereka adalah pemimpin masa hadapan”.

Hari ini pihak pengurusan kampus akan mengadakan pilihanraya kampus setiap tahun untuk memilih pemimpin mahasiswa  bagi merebut kerusi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Maka perlunya kita mengangkat wakil mahasiswa yang betul-betul memperjuangkan hak dan harapan mahasiswa. Kita bukan lagi memilih pemimpin berdasarkan paras muka, atau kerana mereka sahabat rapat kita namun memilih utk memperjuangkan hak dan harapan kita. JPP adalah untuk mempertahankan nasib dan hak mahasiswa bukan mempertahankan “status quo” pihak pengurusan.

Mahasiswa perlu menjadi penyumbang sebagai jurubicara masyarakat kampus, pemangkin, agen perubah, dan agen semak dan imbang. Bahkan dengan adanya suara-suara mahasiswa, ini dapat memurnikan dan memuhasabah lagi pihak pengurusan serta meningkatkan kualiti mutu pihak pengurusan dalam kita mencapai kampus yang ideal serta mahasiswa yang berani, lantang serta senantiasa berada dibarisan hadapan untuk menyuarakan hak mahasiswa.

Pilihanraya Kampus

Mahasiswa perlu sedar akan  segala harapan mereka akan berada bersama calon-calon yang sanggup memikul amanah memperjuangkan hak mahasiswa dalam pilihanraya kampus. Setiap undi seorang mahasiswa itu sangat berharga dalam menentukan pemimpin yang diangkat untuk menjadi mewakili suara anda di Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)

Jangan tersilap langkah dalam mengundi! Undilah calon yang anda yakin akan perjuangkan hak anda, bukan mengangkat calon yang hanya mahu menduduki jawatan dan bersenang lenang kerana pemimpin itu adalah mereka yang bersusah payah untuk memperjuangkan hak mahasiswa. Pastikan undi anda berada bersama calon yang benar-benar berkualiti.




Pro Mahasiswa (Pro-M)

Pro-Mahasiswa adalah satu entiti atau kelompok mahasiswa yang tidak asing lagi di arena kepimpinan pelajar. Buat pertama kalinya, Pro Mahasiswa melahirkan anak sulungnya di peringkat politeknik iaitu Pro Mahasiswa Politeknik Kuching Sarawak sebagai entiti untuk memperjuangkan hak mahasiswa dengan calon-calon yang berkualiti. 

Menyelusuri sejarah Pro Mahasiswa di peringkat Borneo dimana pada tahun 2009, Pro Mahasiswa  Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya mernyelesaikan krisis air di kampus cawangan Labuan yang telah mengalami masalah air sehingga enam bulan lamanya. Akibat daripada itu, sesi pembelajaran terjejas serta mahasisw menjadi susah. Namun begitu, mahasiswa yang diwakili oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kampus tersebut yang terdiri daripada exco-exco tajaan Pro Mahaswa UMS mengambil pendirian untuk menyelesaikan isu tersebut sehingga mereka menghantar wakil bertemu Perdana Menteri Malaysia, Dato seri Najib Tun Abdul Razak serta Ketua Menteri Sabah, Dato Seri Musa Haji Aman.

Kita dapat lihat peranan mahasiswa dalam menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah. Dengan ini,  makan Pro Mahasiswa telah berada di Politeknik Kuching bagi mengubah landskap politik kampus. Dengan itu, marilah bersama-sama kami dalam Pro Mahasiswa Politeknik Kuching dan menangkan calon-calon kita dalam pilihanraya yang bakal menjelang ini.